BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 23, 2014

05 - 21/12/2014- BIG BAD WOLF BOOKS


Selama ni dok dengar orang dok cerita pasal BIGBADWOLF ni.. dari tahun 2013 lagi tapi sebab dia dekat dgn The Mines aku rasa aku tak pandai nak ke sana. Tapi dgn pertolongan GPS & Waze serta bantuan kawan dan anak buah saya Dayah dapatla saya ke sana buat pertama kalinya.

05/12/2014 sesampainya saya ke sana saya memang tak sangka bila lihat novel yang harganya dalam sekitar RM36.90 - RM49.90 dapat milikinya dengan harga RM6, 8, 12 & 10 sebuah. Owh saya sangat terperanjat lah. Baru-baru ni saya ada lihat buku Steve Jobs  ~ Walter Isaacson harga di kedai buku ialah RM59.90 saya dapat dengan harga RM10.00 sahaja.. Bermulanya pada tahun lepas tahun 2013 member chat saya Whyda memberitahu saya berkaitan buku Twilight Series sebuah RM49.90 dapat dimiliki dengan harga RM8.00 sahaja.  Bulan ni saya terlalu gembira sangat. Rasanya adalah 5 kali saya ke sana. Sikit sebanyak saya dapat jumpa buku yang memamg saya teringin nak beli cuma kali ini novel Bahasa Melayu kurang mendapat perhatian walaupun harganya RM5.00 sebuah kerana bukan keluaran yang dinanti-nantikan.

Sebenarnya sedih juga sebab series Twilight saya hanya jumpa New Moon sahaja saya tengok melalui updates instagram ramai juga orang menemui lengkap siri Twilight  iaitu Twilight, New Moon, Eclipse dan Breaking Dawn. Beberapa buah buku turut saya lihat di kedai n=buku antaranya I Heart New York, I Heart Hollywood, I heart Paris, 50 Shades series, Sophies Kinsella as Madeleine Wickham 2 buah buku, Marilyn monroe yang sepatutnya harga RM89.90 saya dapat dengan harga RM10, dan yang tak disangka-sangka Novel The Finishing Touches by Hester Browne dan The Hunger Games Series juga saya berjaya temui dengan hanya RM8/sebuah.

Bila sudah tamat pada 21/12/2014 saya rasa rindu sangat dengan Big Bad Wolf Books. Rindu betul dengan Mr Wolf. rasanya inilah tempat ke 3 yang saya suka melepak. Walaupun dengan hanya RM3 & 4 caj parking saya berpuas hati dapat ke sana kerana bukan selalu dapat ke sana. Paling gembira dapat jadi membership selama setahun dari Xcessbook.  Tahun depan berharap Mr Wolf bawa lagi buku yang menarik.