BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 2, 2015

Projek Iqra' - Shopping Raya 2015

Tahun ni tak ingat Ramadhan yang keberapa.. saya dan sahabat saya Hasz join lagi Projek Iqra' : Shopping Raya 2015. Alhamdulilah nama saya dan sahabat tersenarai lagi. Legalah baru semalam register dan harini terus nama tersenarai.

Tapi pada kali ini kawan saya Kak Oli dan Noni x dapat join kerana ada aktiviti lain. Jadi hanya kami berdua jelah yang join pada kali ni. Paling lega sebab kita tak dapat tempat jauh macam tahun lepas kali ni betul2 berdekatan dengan rumah saya. Baitul Al Khairi Rumah Kebajikan Taman Maluri Kuala Lumpur. Kali ni bawak 2 orang anak angkat dan teman mereka membeli baju raya di Kenangan Wholesale Centre pada 04 Julai 2015 tak lama lagi. maka pada 27/06/2015 saya, hasz dan Dayah seperti biasa Misi  Mencari Baitul Al Khairi. Memang sangat berdekatan dengan jalan ke pejabat saya sebelum lebuhraya tol Loke Yew buka. Memang berdekatan dengan Desa Pandan.

Ok Misi mencara Baitul Al-Khairi dah jumpa lepastu kami pun ke Kenaga Wholesale Centre. Hurm.. ingatkan dah pass ke sana walaupun opis berdekatan dengan Kenanga. Saya tersalah plak bawak he he he.. boleh pulak tersesat dan jalan jem pula. Patah balik dan pergi semula tempat tu. Alhamdulilah akhirnya sampai juga.  Gementar sedikit.. sebab ni tempat baru..