Dalam pukul 5.oo pagi aku menunggu adik hasz jermput aku kat rumah.. Malam tadi aku tido mamai jer.. sbb rasa seram nak lari pagi esok.. yerla.. stamina n kekuatan aku tak beapa walaupun aku dah 3 hari exercise kat taman. Aku dapat info sebelum lari aku tak boleh makan terlalu kenyang. so pagi ni aku makan sikit jerla energy bar dan air putih. Sampai kat Stadium Padang Sultan Sulaiman Klang dalam pukul 5.50pagi.. Panaskan badan sebentar dan dalam 6.50 pagi marathon bermula. kali ni pun aku amik 5km juga. peserta tak berapa ramai macam energizer dulu tapi lagi seronok sebab ada berbagai cabutan bertuah. Tapi kali ni aku lari awal-awal lagi dada dan perut aku sakit. Jadi aku hanya berjalanlah kebetulan disebelah aku ada seorang makcik yang berumur 50 tahun sedang berjalan juga. Kami bersembang lah macam-macam baru aku tau makcik ni masa muda2 dulu aktif berlari. Sampai di kawasan bukit sangat mencabar bagi aku. aku keep on walking jua tapi makcik tu dah tak larat dan duduk sebentar di tepi. Aku pula berjalan jer sebab aku tak nak duduk kat bukit yang panjang perjalannya tu. Aku berjalan jer dapatlah sedikit info.. ketika mahu berlari tidak digalakan makan makanan yang pedas-pedas, Mungkin kerana ini kali ni aku tak berlari sangat. Hurm cukup pukul 7.58 aku sampai kat garisan hurm tak sampai target aku.. Hurm tak pelah sekurang2nya aku tak berhenti dan tak ada apa-apa kemalangan kecil yang berlaku pada aku. Dapat jer goodies bag dan medal aku tgk yang paling lucu penaja Jasmine memberi Beras Perang Jasmine manakala Hasz pula dapat Bihun Jasmine.
Bila dah balik aku pun tertidur sekejap.. Pastu bangun teringat sambal belacan yang bos aku nak aku buatkan. Aku pun dah abis buat. aku pula teringin nak makan sambal belacan tu so tumbuk la lagi sambal belacan untuk makanan kami pula. Aku masak sup ayam manakala Dayah pula masak nasi guna beras perang tadi dan goreng hati ayam. Maka lengkaplah makan malam awal kami pada hari ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment