Semalam masa kat Putrajaya sempat ajak Yatt pergi Pameran Buku2 Islam. tersentuh hati bila mula belek2 satu buku ni. Sebelum Aku bernikah Memeluk Sempurna ~ Hilal Asyraf. Saya baru membaca di m\s 31 saya rasa seronok membacanya disamping ada gambar kartun2 dan ilustrasinya warna warni dan comel rasa seronok dibaca. punya nasihat, hadis dan petikan ayat Al-Quran. Amat sesuai untuk dibaca untuk golongan yang mengenali erti cinta antara lelaki & perempuan dan juga kepada pasangan yang ingin ke gerbang perkahwinan. Owh.. saya pula ke? belum bertemu jodoh lagi tapi saya pun perlu tahu apa yang saya perlu sediakan sebelum saya bernikah. Biarlah ilmu pengetahuan berbekal didada boleh mengemudi minda yang kosong dan boleh membanteras perselisihan faham antara kaum adam & kaum hawa. Dan saya jadikan buku ini sebagai teman sebelum saya tidur. In sha allah bila saya free nanti saya akan kongsikan nasihat dan kata2 positif dalam buku ini.
Maksud saya, tak semestinya juga bila dah beli buku ni saya akan kahwin.. ia terpulang pada rezeki, ajal maut dan jodoh dan takdir saya. saya hanya berkongsi cerita dari buku ni. Saya baca buku ni tanpa jemu kerana selepas abis kerja di waktu pejabat baliknya saya rasa xsabar nak baca buku ni lagi.
Jadi buku ni sesuailah dijadikan bahan bacaan ilmu untuk sesiapa pun lelaki dan perempuan yang belum lagi bernikah seperti saya.
iqra'
bacalah dengan nama tuhan mu yang maha mengasihani & mengetahui..
mood happy :) walaupun kadang kala dirundung duka
No comments:
Post a Comment