Yang tak sangka budak berdua tu soal soalan yang sama. Kami ni dah ada pasangan ke belum..? Kalau belum, mereka cakap saya dan hasz tak perlu cari pasangan biar Allah yang decide pasangan yang terbaik buat kami. Rasanya itulah yang terbaik. Aishah dan Mariam. Selepas aktiviti tu aku rasa lepas ni nak buat sesuatu pada bulan Ramadhan akan datang. Dan aku berniat untuk hari2 yang mendatang semoga aku akan jadi lebih baik lagi. Ketika ingin menghantar mereka pulang keadaan jalanraya di depan Berjaya Times Square sangat sesak berikutan ada penutupan jalan di Dataran Merdeka dan KL Festival Sale di PWTC. Sampai kedua budak tertidur dalam kereta. Kali ni tak banyak gambar yang dapat kami ambil kerana kesesakan orang di Kenanga Wholesale. Dan sukar untuk mencari keperluan mereka kerana terpaksa ke tingkat2 yang berlainan aksesori dan pakaian yang dapat dicari. Bayangkanlah dalam lapan tingkat bangunan Kenanga Wholesale tu stokin dan purdah yang sukar di cari.
Tak tahulah tahun depan macam mana plak keadaannya.. harap2 tahun depan lagi best lah dan masih ingat rasanya Mydin lah lagi sesuai untuk jadi pilihan Projek Iqra' kerana sangat senang dan selesa untuk mencari barang keperluan untuk adik2 angkat. dan perjalanan balik ke Madrasah Hashimiah pun tak sesak. Cuma suka dengan RM200 untuk Shopping Raya untuk seorang adik angkat dah sangat memadai berikutan tahun lepas wang untuk seorang adik angkat belum sampai RM200 lagi. Yerlah jumla RM200 ni adalah tajaan yg disumbangkan kepada Projek Iqra' untuk tujuan ini. Dari sumbangan derma anda dapat mengembirakan anak2 yang susah. Alhamdulilah.. Semoga projek ini berjalan lancar untuk tahun2 yang akan datang.
No comments:
Post a Comment