BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 22, 2016

Team Building 15 - 17/01/2016







Kali ini Team Building diadakan di Lumut Perak bersama 38 pekerja dari Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malkaysia termasuk  dari 15 -17 Januari 2016 manakala 29 - 31 Januari 216 kumpulan pula akan menyusul. .  Kumpulan dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu Keptang2, Santhosham, Bomb Syringe dan  Jia You.



Pada awalnya kami sampai ke Arena Resort.. kami mendapatkan kunci bilik dan pergi makan malam kemusian dalam jam 0830 malam bermulah Seminar Team work kami. Setelah Pengenalan Diri penceramah dimulakan dengan sesi perkenalan diri dari setiap peserta Team Building seramai 38 orang. Setelah sesi perkenalan diri selesai bermulah acara membahagikan kumpulan kepada 4 kumpulan. Noni masuk kumpulan Jia You. Antara peserta Kumpulan Jia You ialah Muhammad Faiz Maula, Mad Subhi , Mohd Shahrir, Wan Amran, En Fauzi, Kak Para, Kak Bedah dan Kak Lim Mei Chin. Aktiviti malam tu kami kena mencipta nama kumpulan dan menghuraikan kenapa kami memilih nama tersebut berserta dengan logo dan trademark dari kumpulan. Kumpulan Keptang2 mendapat markah tertin ggi pada malam itu sementara kumpulan Jia You pula diberi denda dengan menolak markah sebanyak 10,000. Pada awalnya kami berasa tidak bersemangat tapi percaya dengan semangat yang diberi oleh setiap peserta kumpulan Jia You.

Pada hari seterusnya kami bermula dengan sarapan pagi di Resort terbabit dan kemudian kelas  bermula pada jam 0830 pagi. Dengan memakai pakaian Team Building dan tracksuit untuk Tracking Jungle di Bukit Engku Busu 1,087 kaki. Pada mulanya saya pun kalah dengan ketinggian bukit Engku Busu untuk di daki kerana tidak membuat persiapan stamina untuk mendaki Bukit tersebut. Dengan bantuan semua staf BSMM saya berjaya mendaki Bukit tersebut dengan jayanya dibantu 2 orang kawan Shahrir dan ahmed Zulkipli walaupun beliau bukan dari kumpulan saya. Jam 12.30 tengah hari berada di puncak dan pada jam 1330 sampai ke bawah. Bagi saya ketika nak turun bukit sangat mencabar kerana permukaan bukit sangat curam. 




Kenangan mendaki Bukit Engku Busu 1087 kaki, Menunjukan setiap usaha yang diberikan untuk berjaya sampai ke puncak Bukit Engku Busu. Disini aku dapat melihat kerjasama antara satu sama lain dan aku rasakan hubungan kami semua seperti adik beradik. Kemesraan tu nampak jelas di wajah setiap orang.  Cabaran hari itu adalah aku berharap dapat sampai ke puncak Bukit Engku Busu. Ini adalah pengalaman untuk kali pertama aku mendaki Bukit. Semangat dan plan untuk mendaki Bukit Broga bersama kawan2 yang lain. Semasa tips naik bukit aku menggunakan tips aku berlari kami perlu berlari tanpa perlu minum air kerana khuatir apabila sedang erlari air yang masuk akan membuat kita penat sebelum sampai ke garisan penamat. Sabar tak sabar sampai jer kat atas baru aku minum dan makan buah yang kami bawa. Perjalanan semasa ingin menurun bukit 2x mencabar bagi aku daripada mendaki bukit tadi. Kerana cuaca semalam hujan jadi tanah sangat lembab jadi kami risau perjalanan membuat kaki kejang. alhamdulilah aku tak mengalami apa-apa kecederaan ketika menuruni bukit.






Setelah habis aktiviti tersebut kami kembali ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri. Kemudian aktiviti kolam pun bermula. Oleh sebab erlalu penat aku terlepas aktiviti 70 sen di tepi kolam renang. Kumpulan aku mendapat no 1 untuk aktiviti 70 sen. Kemudian bersama kumpulan masing-masing kami perlu terjun ke dalam kolam bergilir2 hanya peserta perempuan sahaja manakala peserta lelaki pula perlu menahan tangan beramai2 dengan kumpulan masing melalui bawah kolam. Nasib baik aku ok je walaupun berdebar bila terjatuh dalam kolam. Aktiviti ke 3 pula kami perlu membawa belon yang dibuat kerusi tadi dan memastikan seorang dari setiap  kumpulan duduk di atas kerusi tersebut didalam kolam dan memastikan 8 penjuru tali di tarik melalui belon waktu tu kami tak boleh pegang kawan kami yang duduk atas belon tersebut kami hanya perlu pegang tali dari belon tersebut dan perlu membawa dalam renangan ke arah seberang dan memastikan kawan yang duduk diatas belon tidak terjatuh. Untuk aktiviti ini kumpulan Jia You dapat tempat no 2 :)


 Aktiviti petang Electric Maize dan Permainan bongkah kayu.




Electric maize pula setiap kumpulan perlu mengikut urutan dari 1 hingga kiraan 12 untuk menghabiskan petak2 yang dilangkah dengan maju kedepan hingga selesai jika salah petak kami pijak kami perlu berundur mengikut petak yang kami perlu pergi waktu memulakan perjalanan dari petak yang salah hingga ke petak yang pertama. Di waktu itu saya sudah diberi amaran untuk permainan ini kerana saya tersalah pijak petak undur semasa saya salah membuat langkah kehadapan. Tetapi disebabkan saya fokus terhadap permainan ini saya orang yang pertama dan yang terpantas keluar dari petak tersebut. Gembira bukan kepalang kerana saya risau jika kumpulan kami tak berjaya. 

Selepas makan malam kami memulakan aktiviti treasure hunt. perlu mencari beberapa hint. Cuma kagum dengan permainan 14 paku berdiri di atas 1 paku & plastersin. Kumpulan kami mendapat tempat pertama untuk aktiviti Treasure Hunt dengan masa yang terpantas.  Setelah itu kami diberi tugasan yang terakhir iaitu perlu berlakon dan perlu menunjuk lakonan dan penonton dapat meneka apa yang kami lakukan. Dalam kumpulan saya karektar yang pertama 1. Nenek kebayan, 2. Mat Rempit 3. Kassim Selamat 4. The Rock 5. superman 6. Ustaz Kazim Elias 7. Pembaca Berita  8 Pelakon Frozen. Saya perlu melakonkan watak Elsa dalam Frozen. Jadi waktu tu saya hanya menyanyi beberapa rangkap lagu Let it go by Demi Lovato. Sepanjang malam itu kami berbincang apa yang perlu kami perlu buat untuk tugasan esok. Pada esoknya setelah sarapan kelas yang terakhir pun bermula 3 kumpulan sudah selesai membuat persembahan, Dan sampailah giliran kumpulan saya.  Untuk kumpulan yang berjaya untuk aktiviti lakonan ialah dari  kumpulan Keptang2.  Dan keputusan pemenang pun di umumkan.

Kumpulan Jiayou mendapat tempat Pertama
Kumpulan   Keptang2           mendapat tempat ke 2      
Kumpulan   santhosham             mendapat tempat ke 3

tak sia2 kami tidak putus asa :

Pada 29 - 31/01/2016 kumpulan B akan memulakan Team Building di lokasi yang sama.  



No comments:

Post a Comment