BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 16, 2017

Anak Buah Aku Yang Seorang Ni

Mungkin ada setengah orang punya anak saudara yang selalu bersama anda, samalah juga seperti saya. Anak buah orang kata..

saya berdoa suatu hari nanti dia akan berubah, Dia punya ibu dan ayah yang tidak ada lagi di dalam dunia ini. Pendek kata saya lah tempat dia nmengadu nasib setiap hari. Memanglah anak buah saya ni dah dewasa sebab sudah menjangkau 24 tahun tapi setiap hari saya berdoa agar suatu hari nanti dia akan berubah. Bukan tak pernah berkeras dengan dia. Dari mata orang lain, mereka kata saya manjakan dia tapi bagi saya tidak. Tidak semua permintaannya saya tunaikan.

Tetapi apabila saya berkenalan dengan Ustazah dari Johor dan sekarang ini merupakan ummi angkat saya pernah beberapa kali saya bertanya tentang anak buah saya. Ustazah jawab orang macam ni kena sabar nak pimpin dia. Sebab kita tak boleh paksa dia tapi kita boleh bimbing dia perlahan-lahan. Berkenaan Upacara atau majlis didalam masjid saya rasa memang saya sangat berdosa kerana membiarkan dia ke kawasan masjid dalam keadaan tidak menutup aurat maksud saya tidak memakai tudung dan membiarkan dia memakai baju yang perwatakan lelaki. Semuia orang yang melihat dia semua cakap dia lelaki.

Saya sangat tidak suka memaksa orang dan saya berdoa dan berharap suatu hari nanti sebelum saya menutup mata saya, saya harap dia akan berubah dan akan ada orang lain yang akan membimbing dia. Memandangkan dia seorang yang tinggal bersama saya dan kakak saya yang OKU (emak dia) saya terasa seolah-olah dia seperi anak kandung saya.

1 comment: