BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 20, 2015

kingsman the superb film

apada mulanya tengok gazek KINGSMAN dekat KLCC rasa citer ni pasal apa yer? macam best dan pada kali pertamanya tengok citer ni dkt mbo ampang pada 14/02/2015 sungguh mengkagumkan. Tambahan lagi minat pula dengan pelakon yang tua tapi kacak tu yang memegang watak Harry Hart dan juga Eggsy hero dalam filem ni.

Saya sangat suka dengan Harry Hart bertangungjawab, prihatin, galahad yang tegas, tangkas dan berkarisma. Demi untuk membalas jasa bapa eggsy kerana menyelamatkannya dari mangsa letupan bom. Maka eggsy dipilih untuk menyertai misi menjadi perisik kingsman dan di ikuti dengan beberapa pelatih yang lain. Mereka semua diberi latihan untuk menjadi Lancelot.  Malangnya eggsy tidak terpilih untuk menjadi Lancelot kerana tidak berjaya dengan tugas terakhir yang diberikan iaitu perlu menembak anjing peliharaannya. 

Harry Hart sangat dukacita kerana eggsy tidak terpilih. Dia tetap mencari eggsy lagi walaupun eggsy sudah diarahkan pulang kerumahnya. Harry Hart beritahu eggsy atas kekecewaannya itu dan eggsy mula memahami setelah Harry Hart dibunuh oleh Valentines. 

Usaha eggsy bukan setakat itu sahaja dia perlu menamatkan misi yang Valentines timbulkan untuk huru harakan dunia.  setelah eggsy dan roxy berjaya mematahkan niat buruk Valentines maka eggsy telah dilantik menjadi Lancelot.

Bagi saya movie kali ni sangat best saya beri Lima Bintang he he he... tak jemu menontonnya lagi.















No comments:

Post a Comment