BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 25, 2015

Ramadhan yang mulia ini

Ramadhan yang mulia ini aku suka dengar petikan hadis dari Ustaz Kazim Elias dan Prof Dr Muhaya. Ada antara satu ayat yang aku dengar dari seseorang berkaitan dengan solat dan Al-Quran yang telah disampaikan oleh Prof Dr Muhaya adalah  


Bila kita solat dan membaca Al Quran.  Nur yang paling kuat hadir dalam rumah kita dan juga hadir dalam jiwa kita. Jadi perbanyakkan lah membaca al Quran dan mendirikanlah solat tepat pada waktunya kerana nur itu lah yang menguatkan jiwa kita dari kesedihan dan menguatkan diri kita dari sesuatu yang tidak baik yang orang lakukan pada kita seperti menghantar santau pada kita dan lain-lain lagi. Bila jiwa kita dah kuat hanya kerana nur yang sempurna yang telah menyelamatkan diri kita patutlah bersyukur kerana dapat menjalankan kewajipan kepada Allah dengan sempurna. 


Jadi untuk kuatkan diri haruslah berfikiran positif :) dan melakukan segala perintah dan Allah. Semoga Allah terus mendidik kita dengan sempurna. Aminnnn 




       

Monday, June 22, 2015

1 hari pada bulan Ramadhan yang amat menyedihkan :'(

                  Baru 2 minggu selepas lari TM fan run 2015 aku baru tersedar kucing aku Caesar perut kembung dan mcm tak sihat.. seminggu lepas tu p klinik aku ingatkan kucing aku makan makanan kotor dan perutnya kena kecacingan. Bila jumpa doktor. Doktor kata Caesar kene Jaundice (Penyakit Kuning) doktor pun beri ubat untuk hati dan jantung. Sejak aritu beri makan ubat tu aku tengok caesar still macam tu jugak tak nampak ceria cuma macam biasa bila kita nak breakfast, lunch and dinner Caesar, Adeq, Hero dan Romeo akan makan bersama kami. Kiranya semalam hari yang last aku makan sahur dgn Caesar. Aku sedih tapi tak nangis macam biasa cuma sedih.. bukan tak menangis bererti tak sedih. Tapi yang paling sedih  memang Dayah sebab Dayah yang bela Caesar dari kecil. Tah mana-mana dia datang kat rumah mintak makan tiba2 kami pun bela Caesar. Dari kecil sampai Caesar besar. Dia kenal kami. Bila nampak saya baru balik kerja Caesar lah yang paling cerdik tunggu kat bawah bila kita naik rumah dia pun naik rumah. Cuma kadangkala bila Caesar nak melepak kat bawah dia jadi malas nak naik rumah. Banyak hari jugak Caesar takmau balik rumah, dia sangat jinak sampaikan semua budak2 kat rumah pun suka dukung Caesar. Tapi bila tengok Caesar terperap kat rumah hati jadi tak senang hati risau sangat2. Untuk pengetahuan semua menurut Doktor penyakit kuning kucing ni berjangkit. Doktor syak Caesar bergaduh dengan kucing yang berpenyakit kuning ni. Jadi dengan tak semena virus ni merebak ke dalam badan Caesar dan memang tak boleh diselamatkan walaupun dapat beri makan ubat.

                     Untuk mengelak kucing terkena penyakit kuning. Doktor Veterinar beritahu kita sepatutnya mengurung kucing yang kita sayang dalam sangkar supaya dia tidak berkeliaran dan berjangkit dengan kucing yang berpenyakit. Kucing bila jumpa kucing yang yang bukan geng dia,. dia akan bergaduh. Dari pergaduhan gigitan dan cengkaman kuku tersebut yang membuat penyakit kuning ini merebak. Sepatutnya semalam saya kena hadir ke Klinik tersebut untuk tau maklumat lanjut penyakit Caesar. Oleh kerana terlalu sdedih saya membatalkan hasrat untuk ke klinik. Kerana saya terlalu sedih dengan kematian Caesar pada Ramadhan yang pertama.

                      Hari ni Caesar pergi dengan tenang. Sedih sangat.. Caesar antara kucing yang cerdik. Dia makan sayur kadang-kadang dan kadang kala makan buah durian. Selepas ni tak adalah kucing yang selalu akan tunggu aku kat bawah rumah bila aku balik kerja. Rindu bergurau dengan dia. Malah semua kucing-kucing aku yang mati sebelum2 ni. Aku akan sayang semua kucing2 hingga akhir hayat aku walaupun mereka sudah tidak ada lagi. Kadangkala nama kucing yang baru kami bela pun nama yang sama sebab untuk mengigatkan kita pernah sayang satu kucing yang bernama itu yang sama tapi telah pergi.

                   Pada zaman Rasulullah dulu.. Nabi Muhammad S.A.W sangat menyayangi kucing-kucing nya. pada suatu hari ketika kucingnya tidur di sejadah ketika baginda ingin mengerjakan solat. Baginda telah memotong sejadah tersebut dan tidak menganggu kucing itu sedang nyenyak tidur. Mulia sungguh hati baginda.




Wednesday, June 17, 2015

SELAMAT DATANG RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA



Ramadhan datang lagi...
minta maaf jika ada kesilapan teknik dan kesilapan2 lain yang pernah buat kepada kawan2 dan pembaca blog.. 

Semoga Ramadhan ini dapat memberi seribu ketenangan dan ketenteraman jiwa. Banyak benda nak buat pada bulan ini..  Semoga apa yang diniatkan pada bulan ni dapat dilaksanakan dengan tenang.. aminnnn

Semoga dapat berpuasa penuh dalam bulan ini aminnnn dan bawalah berita yang gembira :D

YA RAMADHAN SURPRISE ME WITH HAPPY NEWS :)

Tuesday, June 16, 2015

coz i'm happy :)

Today something make me happy.. So i'm just SMILE
Thank you to someone that give me reality :) Thank you coz make it happen..



A Dreams come true









Monday, June 8, 2015

Sabtu & Ahad 6 & 7/06/2015 Hari Bermalas2 san

Sabtu ni aku x buat apa pun hanya masuk ke ruang bilik ku dang cuba mengemaskini mesin jahit ku dah 5 tahun dalam bekas menjahit x berusik. Sebab hari ni puasa jadi aku mals nak keluar rumah sebab cuaca sekarang ni tak menentu. Panas sikit terus badan aku jadi lemah. Cuba mempraktik kan balik jahitan sulam.. sehingga jarum mesin ku patah he he he... Lepas puas berlatih menjahit aku mengemas dan mula mencari semua kain, buku latihan jahitan dan peralatan jahitan. Semuanya dah jumpa kecuali gunting yang aku perlu beli baru.Sekarang ni tengah cari idea untuk menjahit sesuatu. Rasanya aku ingin menjahit penutup mesin jahit buatan sendiri. Sedang mencari idea lain untuk menjahit. Dan aim pada tahun ni nak sambung belajar menjahit semula supaya aku dapat terima Sijil Jahitan.Good luck Noni. Sedang aku berehat kawan aku wasap dan ajak pergi karok. Aku pun pergilah dengan Dayah. Dah lama x menjerit. sedar2 dah abis karok pergi makan kejap dan yang tak percaya sampai kat rumah dalahm pukul 3.30 pagi apakah? Sebab dah lama x jumpa xsedar masa berlalu pantas.


Hari ni Ahad  disebabkan ada kenduri jiran jadi aku x ganti puasa. Setelah bersiap pergi kenduri bersama Dayah dan abah aku tak jadi nak pergi pusara mak sebab cuaca yang mendung yang memperlihatkan nak hujan. Aku yang terkapar-kapar dalam rumah tengok Dayah tidur sedap jer. Aktiviti kali ini membersihkan bilik lagi.. Banyak juga alatan jahit yang aku jumpa lagi nasib baik aku tak perlu bazirkan duit lagi untuk membeli peralatan jahitan yang baru.  Dua tiga hari ni aku rasa nak bermalas2 jer kat rumah.

Wednesday, June 3, 2015

5 JENIS MANUSIA YANG PERLU KITA JAUHI

Biasalah aku selalu cakap, manusia ni dalam dunia ada macam-macam. Bukan sekadar lelaki dan perempuan saje. Yang macam-macamnya adalah tang perangai tu. Haih, kalau kau kaji satu per satu jenis manusia dan perangainya, aku rasa tak cukup kertas kau nak mengarang. Tapi aku tak kesah pun kalau banyak perangai tak menyusahkan orang lain. Ini dah lah buat perangai, menyusahkan orang lain pulak tu. Haaa tu aku geram! Rasa macam ehhh kau tak payah hidup lah. Hidup pun susahkan orang je kerjanya!

Antara beberapa jenis manusia yang tak payah hidup ni adalah : 

1. MANUSIA SELFISH 

Ini kalau aku jumpa aku rasa aku macam nak lempang laju-laju. Selfish, pentingkan diri. Kalau dia punya hal tu, hamboi cepat je buat... semua nak perfect. Mintak tolong orang buat itu ini nak bagi kerja dia nampak bagus. Tapi bila kita punya hal pulak, eh dia lepas tangan. Tak nak tolong langsung. Mentang-mentang dia punya part dah settle kan. Bagus perangai kau. Lagi-lagi kalau kawan yang bila senang dia ada, bila susah dia takde. Lagi aku geram! Hish!

CARA ATASI : 

Sekali dua boleh lah kau bodohkan orang dengan perangai pentingkan diri kau. Kali seterusnya, korang tak payah tolong dia. Buat dek je kalau dia mintak bantuan ke apa. Bukan tak nak tolong, tapi kalau dah tak reti nak bantu orang semula... buat apa ditolong kan? 


2. MANUSIA PEMALAS

Aku pernah baca satu quotes ni lah, tapi tak ingat dari sapa. Penyakit yang paling sukar diubati dalam dunia ni adalah penyakit malas. Memang pun. Manusia kalau dah pemalas, kau nak suruh dia gerak jari pun banyak bunyik. Ada je... itu ini itu ini... alasan dia. Apa susah sangat. Bukannya mati pun kalau kau buat benda tu. Tahan kau layan malas kau. 

CARA ATASI :

Nasihat kat dia, kalau kau malas macam ni... Tuhan pun malas nak bagi kau hidup esok pagi! 


3. MANUSIA BUSUK HATI

Ya Allah. Ini penyakit orang kita. Aku bukanlah nak burukkan kaum sendiri ke apa, tapi memang diakui. Orang kita lah paling ramai ada PHD. Perasaan hasad dengki. Tak boleh orang lain lebih sikit, haa mulalah hati dia tak senang. Mulalah dia tak puas hati dengan apa dia ada. Mulalah burukkan orang lain sebab nak nampakkan diri dia lagi elok. Dan dengan busuk hati ni lah, bomoh-bomoh ilmu hitam masih mampu cari makan. 

CARA ATASI : 

Disebabkan hati ni kita tak nampak, so adalah disarankan kita jangan membalas perbuatan mereka. Biarlah Allah yang balas. Sebab orang kalau dah sakit hati, macam-macam dia boleh buat. Dah tak fikir lagi syurga neraka. Semua dia nampak sama. Asalkan hati dia puas. 


4. MANUSIA BERTOPENGKAN SYAITAN / TIKAM BELAKANG

Aduhai. Dengar tittle pun dah ngeri. Ye lah terus sampai syaitan tahapnya tu. Tapi tak mustahil beb. Kan aku cakap, hari ni ada macam-macam orang. Biasanya manusia jenis macam ni dia kejam dalam cara tersembunyi. Lagi sakit woh sebenarnya. Depan kita baik, belakang kita... macam-macam dia buat. Kau tahulah jenis syaitan ni kan. Tak nampak, tapi tahu ada benda jahat. 

CARA ATASI : 

Orang macam ni, again kita serah je pada Allah untuk membalas. Sebab kita tak nampak kan... dia kan berselindung di balik topeng. Cumanya korang lah kena hati-hati. Jangan sampai jadi mangsa manusia sebegini. 


5. MANUSIA PENGAMPU

Ini aku paling jaki sekali. Orang kata biarlah muka tak cantik tapi jangan jadi pengampu. Dah ramai aku jumpa jenis manusia macam ni. Actually ni pun boleh masuk jenis manusia selfish tu. Ye lah kata orang apa, jaga periuk nasi sendiri je. Pengampu ni yang mengadanya sebab dia berpura-pura baik. Pijak semut pun tak mata. Semua baguslah depan orang yang dia nak ampu tu. Belakang? Dia lah nombor satu mengutuk. 


CARA ATASI : 

Bash je dia depan-depan. Kalau dia puji melangit depan orang dia nak ampu tu, direct je cakap... "Eh bukan hari tu kau kutuk ke benda ni. Kau kata itu...ini... apasal kau cakap terbalik pulak hari ni?" 




Aku ni, walaupun umur baru 24, dah macam-macam manusia aku jumpa. Semua yang atas ni semua aku dah jumpa. Semua aku dah settel kan. Dan memang betul semakin kita dewasa, kawan kita bukan semakin ramai. Semakin kurang. Sebab hanya yang terbaik je yang betul-betul kita boleh jadi dia kawan. Kalau setakat berkawan ada hidden agenda, ada benda yang dia nak dari kita... aku rasa tak layak label orang macam tu sebagai kawan. 

Layaknya orang tu kau habiskan....*gangster nau bunyiknya kan. hahahahaa....



p/s: Bijak berkawan, kita pun senang!



TM FAN RUN 31.05.2015

Ni kali pertama saya menyertai Team TM Fan Run 2015. Paling happy bajunya antara yang paling tercantik yang telah saya dapat. Macam biasa baju-baju larian saya simpan untuk tujuan workout pada hari-hari biasa. 

So seawal 6.00 pagi sudah bersiap sedia menunggu Hasz dan adik2nya sampai ke rumah. Kali ni buat pertama kalinya anak saudara Hasz, Qadri dengan strollernya dengan larian bersama mama and ayahnya. Wah tentu seronok kan? 

Sampai jer kat sana pergi parking kereta lepastu masa perjalanan ke tempat memulakan larrian kedengaran suara lantang dari Menteri Belia Dan Sukan Datuk Khairy Jamaludin memeriahkan suasana pagi itu. Dan ini adalah kali pertama saya terjumpa dengan jiran sebelah rumah saya masa kecik2 dulu menyertai larian yang sama. Tapi kali ini saya menyertai 5km manakala Ina pula 10km dan bersama adiknya Epul menyertai 5km. 

Larian kali ni most of all saya banyak berjalan sebab kepanasannya memang membuatkan badan saya lemah.. selalunya tak sampai 1 jam saya dah sampai ke garisan penamat. Tapi pada kali ni 1:04:39 antara larian yang paling lemah. Nampaknya selepas ini saya perlu membuat latihan yang lebih.

Gembira... semasa berlari di satu sudut yang perlu u turn saya nampak Datuk Khairy di seberang jalan dengan semangatnya berlari dengan pengiring beliau. 

Dan pada kali ini juga selepas tamat mengambil gambar masing2 kami pun nak p brunch kat Rimba Rusa. Oleh kerana pada hari tersebut Restoran itu terlau sesak saya belum sempat untuk mengambil gambar  keadaan tempat tersebut sebab excited juga bila dah sampai ke sana. Sebab Restoran ni milik Wondermilk. Makanannya sangat sedap lah bagi saya. 

Antara gambar2 yang saya ingin kongsikan: