BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 3, 2015

5 JENIS MANUSIA YANG PERLU KITA JAUHI

Biasalah aku selalu cakap, manusia ni dalam dunia ada macam-macam. Bukan sekadar lelaki dan perempuan saje. Yang macam-macamnya adalah tang perangai tu. Haih, kalau kau kaji satu per satu jenis manusia dan perangainya, aku rasa tak cukup kertas kau nak mengarang. Tapi aku tak kesah pun kalau banyak perangai tak menyusahkan orang lain. Ini dah lah buat perangai, menyusahkan orang lain pulak tu. Haaa tu aku geram! Rasa macam ehhh kau tak payah hidup lah. Hidup pun susahkan orang je kerjanya!

Antara beberapa jenis manusia yang tak payah hidup ni adalah : 

1. MANUSIA SELFISH 

Ini kalau aku jumpa aku rasa aku macam nak lempang laju-laju. Selfish, pentingkan diri. Kalau dia punya hal tu, hamboi cepat je buat... semua nak perfect. Mintak tolong orang buat itu ini nak bagi kerja dia nampak bagus. Tapi bila kita punya hal pulak, eh dia lepas tangan. Tak nak tolong langsung. Mentang-mentang dia punya part dah settle kan. Bagus perangai kau. Lagi-lagi kalau kawan yang bila senang dia ada, bila susah dia takde. Lagi aku geram! Hish!

CARA ATASI : 

Sekali dua boleh lah kau bodohkan orang dengan perangai pentingkan diri kau. Kali seterusnya, korang tak payah tolong dia. Buat dek je kalau dia mintak bantuan ke apa. Bukan tak nak tolong, tapi kalau dah tak reti nak bantu orang semula... buat apa ditolong kan? 


2. MANUSIA PEMALAS

Aku pernah baca satu quotes ni lah, tapi tak ingat dari sapa. Penyakit yang paling sukar diubati dalam dunia ni adalah penyakit malas. Memang pun. Manusia kalau dah pemalas, kau nak suruh dia gerak jari pun banyak bunyik. Ada je... itu ini itu ini... alasan dia. Apa susah sangat. Bukannya mati pun kalau kau buat benda tu. Tahan kau layan malas kau. 

CARA ATASI :

Nasihat kat dia, kalau kau malas macam ni... Tuhan pun malas nak bagi kau hidup esok pagi! 


3. MANUSIA BUSUK HATI

Ya Allah. Ini penyakit orang kita. Aku bukanlah nak burukkan kaum sendiri ke apa, tapi memang diakui. Orang kita lah paling ramai ada PHD. Perasaan hasad dengki. Tak boleh orang lain lebih sikit, haa mulalah hati dia tak senang. Mulalah dia tak puas hati dengan apa dia ada. Mulalah burukkan orang lain sebab nak nampakkan diri dia lagi elok. Dan dengan busuk hati ni lah, bomoh-bomoh ilmu hitam masih mampu cari makan. 

CARA ATASI : 

Disebabkan hati ni kita tak nampak, so adalah disarankan kita jangan membalas perbuatan mereka. Biarlah Allah yang balas. Sebab orang kalau dah sakit hati, macam-macam dia boleh buat. Dah tak fikir lagi syurga neraka. Semua dia nampak sama. Asalkan hati dia puas. 


4. MANUSIA BERTOPENGKAN SYAITAN / TIKAM BELAKANG

Aduhai. Dengar tittle pun dah ngeri. Ye lah terus sampai syaitan tahapnya tu. Tapi tak mustahil beb. Kan aku cakap, hari ni ada macam-macam orang. Biasanya manusia jenis macam ni dia kejam dalam cara tersembunyi. Lagi sakit woh sebenarnya. Depan kita baik, belakang kita... macam-macam dia buat. Kau tahulah jenis syaitan ni kan. Tak nampak, tapi tahu ada benda jahat. 

CARA ATASI : 

Orang macam ni, again kita serah je pada Allah untuk membalas. Sebab kita tak nampak kan... dia kan berselindung di balik topeng. Cumanya korang lah kena hati-hati. Jangan sampai jadi mangsa manusia sebegini. 


5. MANUSIA PENGAMPU

Ini aku paling jaki sekali. Orang kata biarlah muka tak cantik tapi jangan jadi pengampu. Dah ramai aku jumpa jenis manusia macam ni. Actually ni pun boleh masuk jenis manusia selfish tu. Ye lah kata orang apa, jaga periuk nasi sendiri je. Pengampu ni yang mengadanya sebab dia berpura-pura baik. Pijak semut pun tak mata. Semua baguslah depan orang yang dia nak ampu tu. Belakang? Dia lah nombor satu mengutuk. 


CARA ATASI : 

Bash je dia depan-depan. Kalau dia puji melangit depan orang dia nak ampu tu, direct je cakap... "Eh bukan hari tu kau kutuk ke benda ni. Kau kata itu...ini... apasal kau cakap terbalik pulak hari ni?" 




Aku ni, walaupun umur baru 24, dah macam-macam manusia aku jumpa. Semua yang atas ni semua aku dah jumpa. Semua aku dah settel kan. Dan memang betul semakin kita dewasa, kawan kita bukan semakin ramai. Semakin kurang. Sebab hanya yang terbaik je yang betul-betul kita boleh jadi dia kawan. Kalau setakat berkawan ada hidden agenda, ada benda yang dia nak dari kita... aku rasa tak layak label orang macam tu sebagai kawan. 

Layaknya orang tu kau habiskan....*gangster nau bunyiknya kan. hahahahaa....



p/s: Bijak berkawan, kita pun senang!



No comments:

Post a Comment