BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 25, 2015

Ramadhan yang mulia ini

Ramadhan yang mulia ini aku suka dengar petikan hadis dari Ustaz Kazim Elias dan Prof Dr Muhaya. Ada antara satu ayat yang aku dengar dari seseorang berkaitan dengan solat dan Al-Quran yang telah disampaikan oleh Prof Dr Muhaya adalah  


Bila kita solat dan membaca Al Quran.  Nur yang paling kuat hadir dalam rumah kita dan juga hadir dalam jiwa kita. Jadi perbanyakkan lah membaca al Quran dan mendirikanlah solat tepat pada waktunya kerana nur itu lah yang menguatkan jiwa kita dari kesedihan dan menguatkan diri kita dari sesuatu yang tidak baik yang orang lakukan pada kita seperti menghantar santau pada kita dan lain-lain lagi. Bila jiwa kita dah kuat hanya kerana nur yang sempurna yang telah menyelamatkan diri kita patutlah bersyukur kerana dapat menjalankan kewajipan kepada Allah dengan sempurna. 


Jadi untuk kuatkan diri haruslah berfikiran positif :) dan melakukan segala perintah dan Allah. Semoga Allah terus mendidik kita dengan sempurna. Aminnnn 




       

No comments:

Post a Comment