BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 22, 2015

1 hari pada bulan Ramadhan yang amat menyedihkan :'(

                  Baru 2 minggu selepas lari TM fan run 2015 aku baru tersedar kucing aku Caesar perut kembung dan mcm tak sihat.. seminggu lepas tu p klinik aku ingatkan kucing aku makan makanan kotor dan perutnya kena kecacingan. Bila jumpa doktor. Doktor kata Caesar kene Jaundice (Penyakit Kuning) doktor pun beri ubat untuk hati dan jantung. Sejak aritu beri makan ubat tu aku tengok caesar still macam tu jugak tak nampak ceria cuma macam biasa bila kita nak breakfast, lunch and dinner Caesar, Adeq, Hero dan Romeo akan makan bersama kami. Kiranya semalam hari yang last aku makan sahur dgn Caesar. Aku sedih tapi tak nangis macam biasa cuma sedih.. bukan tak menangis bererti tak sedih. Tapi yang paling sedih  memang Dayah sebab Dayah yang bela Caesar dari kecil. Tah mana-mana dia datang kat rumah mintak makan tiba2 kami pun bela Caesar. Dari kecil sampai Caesar besar. Dia kenal kami. Bila nampak saya baru balik kerja Caesar lah yang paling cerdik tunggu kat bawah bila kita naik rumah dia pun naik rumah. Cuma kadangkala bila Caesar nak melepak kat bawah dia jadi malas nak naik rumah. Banyak hari jugak Caesar takmau balik rumah, dia sangat jinak sampaikan semua budak2 kat rumah pun suka dukung Caesar. Tapi bila tengok Caesar terperap kat rumah hati jadi tak senang hati risau sangat2. Untuk pengetahuan semua menurut Doktor penyakit kuning kucing ni berjangkit. Doktor syak Caesar bergaduh dengan kucing yang berpenyakit kuning ni. Jadi dengan tak semena virus ni merebak ke dalam badan Caesar dan memang tak boleh diselamatkan walaupun dapat beri makan ubat.

                     Untuk mengelak kucing terkena penyakit kuning. Doktor Veterinar beritahu kita sepatutnya mengurung kucing yang kita sayang dalam sangkar supaya dia tidak berkeliaran dan berjangkit dengan kucing yang berpenyakit. Kucing bila jumpa kucing yang yang bukan geng dia,. dia akan bergaduh. Dari pergaduhan gigitan dan cengkaman kuku tersebut yang membuat penyakit kuning ini merebak. Sepatutnya semalam saya kena hadir ke Klinik tersebut untuk tau maklumat lanjut penyakit Caesar. Oleh kerana terlalu sdedih saya membatalkan hasrat untuk ke klinik. Kerana saya terlalu sedih dengan kematian Caesar pada Ramadhan yang pertama.

                      Hari ni Caesar pergi dengan tenang. Sedih sangat.. Caesar antara kucing yang cerdik. Dia makan sayur kadang-kadang dan kadang kala makan buah durian. Selepas ni tak adalah kucing yang selalu akan tunggu aku kat bawah rumah bila aku balik kerja. Rindu bergurau dengan dia. Malah semua kucing-kucing aku yang mati sebelum2 ni. Aku akan sayang semua kucing2 hingga akhir hayat aku walaupun mereka sudah tidak ada lagi. Kadangkala nama kucing yang baru kami bela pun nama yang sama sebab untuk mengigatkan kita pernah sayang satu kucing yang bernama itu yang sama tapi telah pergi.

                   Pada zaman Rasulullah dulu.. Nabi Muhammad S.A.W sangat menyayangi kucing-kucing nya. pada suatu hari ketika kucingnya tidur di sejadah ketika baginda ingin mengerjakan solat. Baginda telah memotong sejadah tersebut dan tidak menganggu kucing itu sedang nyenyak tidur. Mulia sungguh hati baginda.




No comments:

Post a Comment