Pada bulan lepas saya dikejutkan dengan panggilan yang bagi saya last minutes call dari bekas penyewa saya berkenaan dengan untuk berhenti menyewa di rumah sewa saya. Tujuan saya menulis di blog ini bukan nak memburukkan sesiapa tetapi ingin berkongsi pengalaman yang dihadapi ketika itu. Pentingnya surat perjanjian menyewa rumah antara pemilik rumah dan penyewa rumah. supaya suatu hari nanti andai ada perkara yang tak diingini kita boleh terus mengadukan kepada pihak berkuasa janji ada surat hitam putih yang ditanda tangani oleh penyewa dan pemilik rumah,
Tapi pada pendapat sayalah bila kita menyewa dirumah orang perlulah menjaga barang yang ada dalam rumah tersebut seperti tingkap, pintu dan barangan-barangan lain yang terdapat didalam rumah kerana dari situ sahaja kerosakan yang dialami ketika ingin memulangkan wang deposit kepada penyewa rumah perlu ditolak kerana kerosakan tersebut pada mulanya tidak ada apa-apa masalah kecuali bila kita melaporkan kepada pemilik rumah sekiranya berlaku tersumbat si tandas maka pemilik rumah berhak memanggil plumbing untuk memastikan masalah itu selesai tetapi sekitranya kita mempunyai penyewa yang bertanggung jawab dia akan mencari plumbing sendiri dan membayar kerosakan tersebut janji perlu ada resit yang mengatakan membaiki tersumbat tersebut. Pada sewa akan datang perlulah mempamerkan bukti-bukti tentang kerosakan tersebut kepada pemilik rumah. Ada yang saya dengar penyewa ada bawak lari barang-barang dalam rumah tersebut pun ada.Pelik betul bila kita dengar perkara mcm ni pun nboleh berlaku.
Pada kali ini kerosakan pintu tandas di tahap yang kurang memuaskan. Jadi saya pun pergi kek kedai berdekatan unbtuk bertanya tentang harga pintu tandas tersebut. Pintu tandas plastik dalam anggaran RM80 - RM90. Pada fikiran saya bila ke kedai pintu untuk membeli pintu kita ingatkan serta merta dapat pintu tersebut rupanya kena tunggu 4 hari bekerja.
Saya, Dayah, Hasz dan Linda ke rumah sewa untuk membersihkan rumah sewa saya. Pemilik rumah perlu peka terhadap masalah rumah sewa dan kos penyelengaraan tiap2 bulan kepada pihak yang menjaga bil air rumah. segelintir penyewa risau dengan duit deposit yang mereka beri pada pemilik rumah risau duit itu tidak di kembalikan semasa mereka ingin keluar dari rumah. Jika tidak membayarar bil elektrik, bil air dan bil maintenance yang diamanhkan oleh pemilik rumah tak usah lah risau kerana pemilik rumah akan memulangkan wang deposit anda. Genap sebulan saya membaiki kerosakan rumah. Ini membuatkan saya terfikir sesuatu. Buat baik di balas baik, Buat jahat di balas jahat..
Jika saya menyewa rumah orang pada masa akan datang saya beringat dengan masalah yang saya hadapi ketika ingin membersihkan rumah saya. Kifarah akan berlaku... What you give, you get back.
No comments:
Post a Comment