BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 3, 2015

The Art of contemplating Quran

fyda Ada mengajak saya ke majlis ilmu. Dah masuk 2x saya join fyda Dan hasz majlis ilmu ini. Tapi Kali ini berkaitan  kitab suci AL Quran. Saya berminat mengikuti majlis ilmu ini kerana nak mempelajari sesuatu dan mungkin dari majlis ilmu ini saya dapat berkongsi ilmu dengan kawan-kawan dan pembaca blog.

Ya, setiap tahun berharap dapat qatam quran tapi tidak dengan usaha dan matlamat. Pada tahun ni masa bulan puasa terpegun bila kawan rapat saya menceritakan aktiviti pada bulan puasanya. Tahun lepas beliau membaca tafsir al quran sebulan pada bulan Ramadhan dan pada tahun ini pula beliau  membaca al quran pada bulan puasa ketika selepas sahur sebelum waktu subuh. I was like.. she be amazing :) maka darinya saya ambil iktibar, takpelah even saya mencuba membaca quran pada bulan puasa dan masih belum berada di keadaan yang selesa kerana sebelum membaca quran kita kena berniat selain membaca dengan penuh khusyuk perlu memahami setiap baris yang dibaca. 



Berbalik pada mengikuti majlis ilmu ini diadakan di UTM jalan Semarak hari Jumaat bertarikh 23/10/2015 

Kadangkala bila saya menghadiri majlis ilmu kadang-kadang saya terlelap sebentar jika tajuknya tidak berapa menarik. dengan bantuan pak google saya mencari tips persediaan mengikuti majlis ilmu. 

tips2
1. makan gula2 atau kismis untuk menerang hati ketika mengikuti majlis ilmu jangan makan asam kering kerana makanan ini memang melemahkan ingatan. 

2. salin pada buku nota isi2 penting majlis ilmu tersebut supaya tidak lupa dan senang apabila membuat rujukan. 

3. berbual dengan kawan2 baru disebelah anda tentang tajuk yang di ketengahkan.

4. bertanya soalan kepada penceramah dengan soalan yang berkaitan dengan tajuk yang disampaikan untuk mengelaklan diri dari mengantuk. 

5. Elakan daripada makan malam yang mengenyangkan dan minuman yang berlebihan kerana ini akan membuat tumpuan pada majlis ilmu berkurangan kerana mengantuk. makan ala kadar saja, kalau macam saya, saya rela tak makan malam kerana selepas majlis ilmu baru la mencari makan malam sedikit. 






Sharing is caring :)
Betapa saya berterima kasih kepada Fyda dan Hasz sebab mengajak saya ke majlis ilmu ini. I was like whisper to myself  TIME IS GOLDEN sebab kalau saya tak hadir majlis ilmu ini dari saya tak buat apa . Eloknya sangat bermanfaat untuk masa yang singkat untuk mempelajari seduatu untuk di kongsi bersama kawan2 dan pembaca2 blog.



Rasanya inilah aktiviti baru saya pada tahun ini. Penceramah bernama Syakh Dr Ahsan hanif . 

Tajuknya sangat penting. Bagaimaba kita nak rasa khusyuk dan memahami ayat al-quran. 

Selalunya bila kita membaca al quran  kita terus je baca tanpa mengetahui dan memahami apa yang kita baca. Dan dari sini saya dapat lihat penceramah nenggunakan application quran explorer untuk elaborate ayat quran yang disampaikan. 

Yang perlu tahu, kita kena bersungguh ketika membaca al quran, menciptakan keseronokan dengan membaca ayat suci disamping menyebut tajwid yang betul dan memahami setiap ayat yang dibaca. 






No comments:

Post a Comment